Complete 24

* The preview only display some random pages of manuals. You can download full content via the form below.

The preview is being generated... Please wait a moment!
  • Submitted by: Mohamad Rehan Baharom
  • File size: 2.9 MB
  • File type: application/pdf
  • Words: 5,095
  • Pages: 24
Report / DMCA this file Add to bookmark

Description

TRANSKRIP TEMUBUAL DENGAN SARJAN TUAN HAJI OMAR BIN HAJI MD YUSOF MENGENAI PERISTIWA BERTEMPUR DENGAN PENGGANAS KOMUNIS DAN DARURAT KETIKA HARI RAYA AIDILADHA Dl BATU EMPAT PULUH SEMBILAN JALAN KOTA TINGGI, MERSING, JOHOR PADA TAHUN 1956

NUR ZUUYANA BINTI ZULKIFLI 2003364236 SITI NUR DIANA BT MUHDAZMI 2003187617

PROJEK DIMAJUKAN KEPADA FAKULTl PENGURUSAN MAKLUMAT, UNJY.ERSJJ1T.EKNQLQGI..MABA•..KAMP1JS.P.UNCAK.PERDAbiA,...SHAH ALAMT BAGI MEMENUHI KEPERLUAN KURSUS IMR 603 - SEJARAH LISAN NOV-MAC 2004/2005

Transkrip Temubual Dengan Sarjan Tuan Haji Omar Bin Haji Md Yusof Mengenai Peristiwa Bertempur Dengan Pengganas Komunis Dan Darurat Ketika Hari Raya Aidiladha Di Batu Empat Puluh Sembilan Jalan Kota Tinggi. Mersing, Johor Pada Tahun 1956

Nur Zuliyana Binti Zulkifli 2003364236 Siti Nur Diana Bt Muhd Azmi 2003187617

Projek Dimajukan Kepada Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi Mara, Kampus Puncak Perdana. Shah Alam, Bagi Memenuhi Keperluan Kursus IMR 603 - Sejarah lisan Nov-Mac 2004/2005

lSI KANDUNGAN

MUKASURAT

1.0

Penghargaan

2.0

Abstrak

3.0

Pengenalan

1- 8

4.0

Transkrip

9-52

5.0

Log Temubual

53-66

6.0

Lampi ran

11

6.1

Biodata Tokoh

67-68

6.2

Senarai Soalan

69-78

6.3

Surat Perjanjian

79

6.4

IndeksNama

80-84

6.5

Lain-lain

85-95

IMR 603-Se}lllllh Lisan

l.OPENG

GAAN

Assalamualaikum W.B.T. Syukur alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya kami, Nur Zuliyana Binti Zulkifli dan Siti Nur Diana Binti Muhd Azmi akhimya dapat menyiapkan tugasan ini mengikut masa yang telah diberikan. Sepanjang proses menyiapkan tugasan kami mendapat terlalu banyak bantuan dan sokongan dari pelbagai pihak.

Di sini kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan berbanyak terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah kami iaitu En. Mohd Nazir Ahmad yang telah memberi pertolongan dan juga tunjuk ajar serta teguran dalam pada kami menyiapkan tugsan ini. Kepada orang yang .paling penting di dalam tugasan ini, Tuan Haji Omar Bin Md

· Yusof, kami amat berterima kasih yang tidak terhingga kerana, dengan kerjasama dari beliau yang amat baik akhirnya kami dapat menyiapkan tugasan ·ini. Syukur alhamdulillah. Kami amat terhutang budi di atas segala jasa baik Tuan Haji Omar dan isterinya sepanjang.proses kami menyiapkan tugasan ini. Kepada rakan-rakan yang telah memberi sokongan, terima kasih di atas ·sokongan · .

.

.

.kalian semua. Tidak .lupa kepada ayah, ibu serta keluarga yang ·telah memberi .

.

sokongan dan dorongan. Terima kasih juga kepada mereka yang terlibat secara tidak langsung sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Jasa baik kalian semua amatlah dihargai.

· Sekian, Terima kasih.



1

IMR 603.Se}111Yih Llslln

2.0ABSTRAK Transkrip temubual adalah mengenai peristiwa yang dialami oleh Sarjan Tuan Haji Omar Bin Haji Md Yusof semasa pertempuran dengan pengganas komunis ketika Hari Raya Aidiladha dan keadaan darurat di Johor pada tahun seribu sembilan ratus lima puluh enam (1956). Tuan Haji Omar Bin Haji Md Yusof telah menceritakan pengalaman beliau semasa bertempur dengan pihak komunis di dalam hutan dan berjaya membunuh salah seorang ahli pihak komunis. Beliau juga menceritakan bagaimana komunis mula wujud di Tanah Melayu dari zaman penjajahan British sehinggalah ke zaman penjajahan Jepun. Selain daripada itu, beliau juga menceritakan sedikit .sebanyak tentang kesusahan yang dialami semasa bertugas di dalam hutan dan juga keadaan darurat yang telah dialami oleh penduduk di Mersing, Johor. Oleh itu, dengan kerjasama yang telah beliau berikan maka terhasil satu transkrip temubual yang memaparkan kisah pertempuran dengan pihak komunis di Batu Empat Puluh Sembilan (49), Jalan Kota Tinggi, Mersing, Johor Darul Takzim. KataKunci: Komunis, polis hutan, darurat, polis, Tanah Melayu, Jepun, British, Parti Komunis Malaya, orang Melayu, orang Cina, Johor, Malaya.

11

IMR 603-Sejarah Usan

3.0 PENGENALAN Tentera Bintang Tiga telah cuba menegakkan pemerintahan mereka sendiri. Apabila British kembali ke Tanah Melayu selepas pendudukan Jepun, mereka menjalankan polisi untuk. mengubah struktur politik dalam negara dan memulihkan ekonomi Tanah Melayu yang lumpuh. Pihak British telah mengisytiharkan Pentadbiran Tentera British di Tanah Melayu. Pentadbiran ini bersifat sementara sahaja dan akan digantikan dengan Malayan Union.

Parti Komunis Malaya (PKM) Tujuan utama PKM ditubuhkan ialah 1mtuk menjatuhkan kerajaan British dan menubuhkan Republik Komunis di Tanah Melayu. Sejak penubuhannya PKM melancarkan beberapa kegiatan anti British seperti pergerakan bawah tanah, mogok, kebakaran harta benda, kegiatan ganas terhadap rakyat dan melumpuhkan ekonomi. Mogok yang paling hebat berlaku di lombong arang batu di Batu Arang, Selangor. Pasukan polis berjaya mengalahkan pemogok-pemogok di Batu Arang. Pemimpin komunis dibuang .negeri ke China. Ketika zaman pendudukan Jepun, Inggeris bekerjasama

dengan

PKM.

Melalui

kerjasama

MPAJA-Inggeris,

British

membekalkan makanan, wang, senjata dan latihan tentera untuk menentang Jepun. Selepas Jepun menyerah kalah dalam tahun 1946, PKM keluar dari hutan. Dalam masa lima minggu dari waktu Jepun menyerah kalah hingga .pendudukan semula British, MP AJA telah melancarkan serangan ke atas orang yang bekerjasama dengan Jepun.

1

IMR 603-Sejaralt Llltm

Pengisytiharaan Darurat (1948-1960) PKM telah melancarkan pemberontakan bersenjata di Tanah Melayu pada bulan Jun 1948. Pada ·. Jun 1948, gerila-gerila komunis telah membunuh tiga peladang Eropah dekat Sungai Siput, Per-ak. Keadaan ini menyebabkan Pesuruhjaya Tinggi Sir Edward Gent mengisytiharkan darurat. British mengharamkan PKM dan undang-undang darurat diisytiharkan. PKM menyusun semula tenteranya dan menukarkan namanya kepada Malayan Races Liberation Army. Juga menubuhkan pertubuhan bawah tanah yang dinamakan Min Yuen. Rancangan Briggs oleh Sir Harold Briggs diperkenalkan untuk melemahkan sehingga terhapusnya anasir.;.anasir komunis. Rancangan ini melibatkan penempatan semula setinggan dalam kampung baru dan operasi kelaparan. Selepas Harold ditembak mati oleh komunis, Jeneral Sir Gerald Templer menggantikannya dan mewujudkan Rancangan Templer. Ia adalah perang psikologi untuk menawan hati dan :fikiran rakyat. Beliau mementingkan perpaduan antara kaum dan komunis. Beliau juga memperkenalkan kawasan putih dan hitam.

Menjelang tahun 1955, kedudukan gerila komunis mulai merosot kerana bekalan makanan tidak mencukupi, semangat tentera komunis menjadi pudar dan pembentukan komunis di negara-negara Asia Tenggara menemui kegagalan. Pihak komunis gagal mencapai matlamatnya kerana bilangan komunis jauh lebih kecil daripada tentera kerajaan. Negara-negara komunis yang lain seperti China, Jerman

dan Rusia berhenti memberi bantuan moral dan peralatan kepada PKM. Darurat diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960. Kerajaan dan penduduk Tanah Melayu berjaya mengalahkan komunis. Darurat secara langsung telah menggangu kegiatan politik khususnya parti-parti radikal dan berhaluan kiri seperi A WAS (Angkatan Wanita Sedar), API (Angk~tan Pemuda Insaf) dan PUTERA (Pusat Tenaga Rakyat).

2

IMR 603-Sejarah Llsan

Peranan Polis Semasa Darurat Persekutuan Tanah Melayu terpaksa mengisytiharkan darurat pada 16 Jun 1948 akibat ancaman pengganas komunis yang amat membimbangkan. Pengisytiharaan ini menjadikan keadaan semakin menekan semua pihak kerana pada waktu itu semua rakyat sedang berganding bahu untuk memulihkan keadaan selepas penjajahan Jepun selama tiga tahun. Perang Dunia Kedua telah menghancurkan semua ·aspek pembangunan termasuklah pembangunan illfi'ru,1ruktur, ekonomi dan sosial. Tempoh genting telah berlarutan selama dua belas tahun dan pada tahun 1960, Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan bebas dari sebarang ancaman komunis.

Semasa darurat berkuatkuasa, anggota polis Persekutuan Tanah Melayu yang dipertanggungjawabkan memerangi ancaman pengganas komunis. Selama keadaan itu, tidak dinaflkan bahawa anggota polis telah menunjukkan satu khidmat yang cemerlang dan penuh dengan tradisi kepolisan. Mengikut sejarah polis secara awalnya, sebelum Perang Dunia Kedua, Persekutuan Tanah Melayu mempunyai tiga pasukan utama iaitu pasukan polis Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat.

Sebelum keputusan satu bumbung pentadbiran ini diambil, boleh dikatakan tidak ada satu cawangan khas seperti Pasukan Polis Hutan, Konstabel Khas, Polis Bantuan dan Pengawal Kampung ditubuhkan untuk menangani isu ancaman pengganas kommris, sama ada untuk tugas perisikan atau pembenterasan ancaman komunis. Namun tugas ini pemah diserahkan kepada pasukan Perkhidmatan Keselamatan Malaya (Malayan Security Service) tetapi menemui kegagalan. Sebab kegagalan adalah kerana, anggota

3

IMR U03-Se}arllh Lls1111

cawangan ini tidak terlatih dan tidak mencukupi dari segi jumlah keanggotaan untuk menyelesaikan masalah tersebut

Akhimya tugas menangani masalah ancaman komunis diletakkan ke bahu Polis Persekutuan Tanah Melayu. Usaha untuk mencari, memilih dan melatih anggota pasukan ini giat dijalankan. Pada tahun 1952 jumlah keanggotaan pasukan ini telah meningkat tujuh kali ganda. Mereka diberi tugas tambahan iaitu untuk menghapuskan pengganas komunis dan mengumpul risikan keselamatan. Polis Persekutuan Tanah Melayu telah menunaikan tanggungjawabnya dengan baik. tlasil pembenterasan tersebut seramai 1068 orang komunis telah dibunuh, ditangkap atau menyerah diri.

Keberanian dan pengorbanan angota Polis Persekutuan Tanah Melayu telah disanjung

dan dihargai. Seramai·2oorang anggota polis dari pasukan tersebut menerima George Medal, II orang dianugerahkan King's Police Medal For Gallantry, 98 orang diberi penghargaan dengan Colonial Police Medal For Gallantry, 11 orang disanjung dengan pingat Jasa Perkasa Persekutuan dan ramai lagi yang dianugerahi dengan pelbagai anugerah daripada sultan-sultan di negeri-negeri Tanah Melayu.

SejarahDarurat DiJohor

Setelah tamatnya zaman pemerintahan Jepun pada Ogos 1945, golongan anti-Jepun telah masuk ke dalam hutan dan menyertai kumpulan Komunis Malaya. Pada Ogos 1949, kerajaan mengisytiharkan darurat serta memindahkan penghuni yang tinggal di pinggir hutan ke kampung baru demi keselamatan. Pada masa itu, ramai penduduk tempatan ditindas dan dibunuh oleh pasukan Komunis Malaya. Mereka juga diminta untuk menyediakan makarlan, pakaian, dan kelengkapan perubatan kepada ahli-ahli

4

IMR 603-Sejtmlh Lis11n

komunis ini. Untuk melindungi penduduk tempatan, kerajaan menyeru penduduk Kulai mendirikan sebuah pasukan keselamatan. Rakyat yang berumur dalam lingkungan 18 hingga 55 tahun diminta berdaftar dengan pihak berkuasa. Mereka akan membuat rondaan malam bersama-sama dengan anggota polis. Masa rondaan dibahagikan kepada tiga waktu, iaitu dari pukul 6 petang hingga 10 malam, ·dari pukul lO malam hingga 2 pagi, dan dari 2 pagi hingga 6 pagi. Pada tahun 1950, pasukan keselamatan digubal semula, kerajaan memberi kuasa kepada pasukan keselamatan untuk mentadbir sendiri. Ketua pasukan adalah Hue Nai Hui, penolong ketua pasukan adalah Fu Ci Sheng. Pasukan keselamatan ini dibahagikan lagi kepada 14 kumpulan. Empat belas kumpulan bertanggungjawab mengawal empat orang ketua kumpulan kecil bagi menyenangkan kerja pengurusan. Empat belas kumpulan ini mengambil giliran untuk menjalankan kerja perondrum, iaitu dua minggu sekali bagi setiap kumpulan. Dalam tahun 1952, Jeneral Templer dan penolongnya tiba di Mahkamah Kulai. Beliau mengumpulkan pemimpin-pemimpin persatuan, ketua kumpulan serta ketua kumpulan kecil pasukan keselamatan untuk membincangkan cara menentang Komunis Malaya. Fu Ci Sheng, penolong ketua pasukan keselamatan mencadangk.an penubuhan Pasukan Hutan untuk menghapuskan Komunis Malaya. Pasukan tm diketuai oleh Fu Ci Sheng dan penolongnya ialah Guo Eng Ze. Pasukan mt dibahagikan kepada lima kumpulan, iaitu Kumpulan Naga, Singa, Harimau Bintang, Harimau, dan Kucing. Ketua-ketua kumpulan ialah Dai Long Sheng (Naga), Zuo Jin Sheng (Singa), Dai Shi Kun (Harimau), Ng Lai Sheng (Harimau Bintang), dan Mansur (Kucing). Setiap kumpulan ini dibahagikan lagi kepada tiga kumpulan kecil. Setelah menjalankan latihan tentera di Ulu Tiram selama dua bulan, Pasukan Hutan kembali ke Kulai dan dilengkapi dengan senjata api. Sejak itu, mereka telah bertanggungjawab menjag~ keamanan tempat serta keselamatan rakyat tempatan.

5

IMR 603-Sejafflh Llsan

Kota Kaca (kini dikenali sebagai Kampung Bahagia) merupakan kawasan yang sering diserang oleh pasukan komunis. Dipercayai lebih daripada seribu orang ahli komunis bersembunyi di kawasan tersebut. Pihak kerajaan pernah mengebom kawasan ini dari udara malah masih ada sebahagian ahli komunis yang terselamat. Untuk menyulitkan kegiatan Komunis Malaya, kerajaan melaksanakan Operasi Harimau pada 24 Ogos 1956. Seluruh penduduk Kulai diminta makan 'Nasi Periuk Besar'. Di bawah rancangan ini setiap keluarga perlu mendaftar bilangan ahli keluarga mereka kemudian nasi akan diedarkan mengikut jumlah ahli keluarga mereka. Kerja pengedaran nasi tertwnpu di tiga tempat, iaitu kawasan lapang Pekan Pasar, kawasan berhampiran dengan ·masjid, serta Kulai Besar. Setiap ·hari, penghuni perlu mengik.ut masa untuk mendapatkan makanan mereka di kawasan-kawasan tersebut. Rancangan ini dijalankan sehingga tahun 1959, iaitu apabila Kulai diisytiharkan sebagai zon

putih. Pada awal tahun 1948, sebelum pelaksanaan darurat, beberapa orang pemimpin Komunis Malaya mengetuai lebih kurang seratus orang pengikut mereka mara ke pekan Kulai dan terus menembak Kedai Makan Ciao Ya dan Kedai Arak Teck Joo Loong. Dua orang pemuda ditembak mati dalam peristiwa itu. Kemudian, mereka menyerang pejabat PartiSan Min Zhu Yi (iaitu tingkat atas Klinik Kulai). Selepas itu, mereka pun masuk ke dalam hutan semula. Setelah akta kecemasan dilaksanakan selama dua tahun, pihak komunis bertindak lagi. Kali ini, dengan seratus orang ahli, pasukan komunis menyerang kawasan sekitar Zhong Hua Lang (sebuah kilang salur getah) dan membakar sebahagian daripada kilang itu. Pada 21 April 1955, ahli-ahli Komunis Malaya merampas 28 laras senapang, 491 butir peluru, topi-topi dan tali-tali pinggang pasukan keselamatan. Semasa berundur, ahli-ahli komunis ini melepaskan tembakan berhampiran dengan balai polis sebagai tanda kemenangan. Dalam

6

IMR 603-Se)arah Lisa

lingkungan 15 pasukan tentera yang bertapak di Kulai Besar sempat tiba di tempat kejadian, namun pihak pasukan komunis telah berundur balik ke dalam hutan.

Kerajaan Johor pada masa itu tidak berpuas hati tentang peristiwa pasukan keselamatan diserang. Pegawai Penasihat British, Ketua Polis Johor, Pegawai Daerah Johor, Timbalan Menteri Besar Johor, Ketua Polis Bahagian Johor Bahru, Pentadbir Pasukan Keselamatan Negeri, Pegawai Atasan Tentera dan ramai lagi tiba di Kulai untuk membincangkan hal itu. Timbalan Menteri Besar mengumumkan bahawa mulai hari

it~

Kulai akan menjalankan perintah berkurang 22 jam sehari selama seminggu.

Di bawah perintah ini, setiap kedai dibenarkan menjalankan perniagaan mereka dua jam sehari, iaitu dari pukul 12 tengahari hingga 2 petang. Selain dari masa itu, semua orang dikehendaki berada di rumah masing-masing. Pada 18 Oktober 1956, lebih kurang pada pukul tujuh malam, ketua-ketua kumpulan kecil Pasukan Hutan, iaitu Yang Gui, Tang Zhen Yao, dan Huang Ji Tan yang berpakaian seragam ditahan oleh dua orang ahli pasukan komunis. Kejadian ini terdiri daripada ketua kumpulan Pasukan Hutan, Ngu Lai Sheng, dan ketua kumpulan kecil, Zhou Ruo Jian. Mereka serta-merta bertindak dengan menembak ke arah ahli-ahli komunis itu. Yang Gui, Tang Zhen Yao, dan Huang Ji Tan berjaya melepaskan diri dan meminta bantuan dari pangkalan. Apabila Ngu Lai Sheng dan Zhou Ruo Jian bertindak terhadap dua orang ahli komunis itu, seramai 20 orang ahli-ahli komunis lain yangbersembunyi di tempat itu keluar dan menyerang mereka berdua. Lima minit kemudian, ketua pasukan, Fu Ci Sheng bersama dengan Guo Eng Ze memimpin sepasukan ahli mereka datang memberi bantuan. Pasukan komunis mengalami kekalahan dan terpaksa berundur. Terdapat dua orang ditembak mati dalam peristiwa tembakan tersebut. Namun begitu, Ngu Lai Sheng dan Zhou Ruo Jian turut terkorban dalam kejadian ini.

7

IMR 603-Sejt~rtlh Ltwr

Pada 13 Jun 1957, atas kegigihan serta kehandalan yang ditunjukkan oleh Pasukan Hutan, Queen Elizabeth U menganugerahkan gelaran M.B.E. kepada ketua pasukannya, Fu Ci Sheng. Ketua-ketua kecil, Yang Gui, Tang Zhen Yao, dan Huang Ji Tan dianugerahkan dengan Pingat Pahlawan. Ngu Lai Sheng dan Zhou Ruo Jian yang terkorban demi negara juga dianugerahkan dengan Pingat.Pahlawan. Kulai yang dikenali sebagai zon hitam sejak tahun 1948 telah bertukar menjadi zon kuning dalam tahun 1958, dan seterusnya menjadi zon putih pada tahun 1959. Justeru itu, kerajaan pun menamatkan darurat dan Pasukan Hutan dibubarkan.

8

IMR 603-Se)arah Llsan

4.0 TRANSKRIP TAPE 1 SIDE A Berikut adalah rakaman wawancara sejarah lisan mengenai pertempuran. dengan pengganas komunis dan darurat ketika Hari Raya Aidiladha di Batu Empat Puluh Sembilan (49), Jalan Kota Tinggi, Mersing, Johor pada tahun seribu sembilan ratus lima puluh enam (1956) dengan Yang Berbahagia Sarjan Tuan Haji Omar Bin Haji Md. Yusof yang merupakan seorang bekas polis. Rakaman ini dijalankan di rumah beliau yangberalamat Lot 2654, Persiaran Hamzah Alang, Meru Barat, 42200 Kapar, Klang, Selangor pada 4 baribulan Januari tahun 2005 jam dua tiga puluh petang. Wawancara ini dikendalikan oleh Siti Nur Diana Bt. Muhd Azmi dan dibantu oleh Nur Zuliyana Binti Zulkifli. Dengan segala hormatnya kita mulakan rakaman ini.

SND: Assalamualaikum pakcik OMY: Waalaikummussalam W.B.T.

SND: Sudahkah pakcik bersedia untuk ditemuramah? OMY: Ya, saya bersedia

SND: Siapakah nama penuh pakcik? OMY: Nama pakcik Omar Bin Mohd Yusof.

SND: Bilakah tarikh lahir pakcik? OMY: Pakcik dilahirkan pada sembilan haribulan tujuh tahunseribu sembilan ratus tiga puluh tiga (9 hb 7 1933).

SND: Di manakah pakcik dilahirkan? OMY: Pakcik dilahirkan di Kampung Perigi Nenas, Pulau Lumut, Pelabuhan Klang, Selangor.

SND: Berapakah bilangan adik-beradik pakcik dan pakcik anak yang ke berapa? OMY: [Sambil berfikir] Adik-beradik pakcik semuanya sepuluh orang. Dua

9

IMR 603-Sejartlh Llstm

perempuan dan Iapan lelaki. Pakcik adalah anak yang ke lima dalam keluarga pakcik. SND: Siapakah nama isteri pakeik?

OMY: Nama isteri pakcik yang pertama hlah Roseah Bt. Husin, meninggal dunia pada tahun sembilan belas sembilan puluh enam (1996) dan sekarang ini, Mardziah Bt Mohamed. SND: Berapa orangkah bilangan anak pakeik?

OMY: Pakcik ada mempunyai tiga orang -anak. Dua perempuan dan satu lakilaki [lelaki]. SND: Boleh tak pakeik eeritakan tentang latar belakang pendidikan pakcik?

OMY: Pakcik berkelulusan sekolah rendah setakat darjah lima sekolah Melayu dan juga darjah lima sekolah ugama [agama] kerana masa itu di kampung pakcik tidak ada sekolah menengah. Jadi setakat itu sahajalah pelajaran pakcik pada asasnya. SND: Apakah ·hobi pakcik?

OMY: Hobi pakcik di antaranya ialah suka membacalah. SND: Pada tahun berapakah pakcik mula menyerbli pasukan polis?

OMY: Pakcik mula menyertai pasukan polis pada satu haribulan tiga tahun seribu sembilan ratus lima puluh tiga (1.3.1953). SND: Berapa lamakah pakcik berkhidmat di dalam pasukan polis?

OMY: Pakcik berkhidmat selama tiga puluh lima~ tahun. SND: Apakah pangkat terakhir yang pakeik perolehi semasa bersara daripada pasukan polis?

OMY: Pangkat terakhir pakcik ialah sarjan. SND: Berapa lamakah pakeik berkhidmat sebagai polis hutan?

OMY: Pakcik berkhidmat dalam polis hutan selama lim~jJ1 tahun.

10

IMR 603-Sejaralr Llsan

SND: Berapakah gaji pakeik pada ketika itu? OMY: Mula-mulanya gaji pakcik cuma seratus empat belas ringgit sebulan.

SND: Bilakah tarikh persaraan pakcik? OMY: Pakcik bersara pada sembilan haribulan tujuh tahun seribu sembilan ratus Iapan puluh Iapan (9 hb 7 1988).

SND: Bolehkah pakcik ceritakan pengalaman pakcik sebagai polis hutan? OMY: Ya, pengalaman pakcik semasa polis hutan- selepas menamatkan kursus polis hutan di Sekolah Latihan Polis Hutan di Dusun Tua, pakcik ditukarkan ke nombor empat pasukan polis hutan Johor yang bertempat di Batu Dua Puluh Tujuh

5Jfi):Kulai, Johor mulai daripada

satu haribulan dua tahun seribu sembilan ratus lima puluh enam (1.2.1956). Jadi di dalam polis hutan Johor ini ia ada mempunyai dua khemah ataupun kern. Satu di Batu Dua Puluh Tujuh)t?'), Kulai dan lagi satu di Kota Tinggi, Johor. Dan biasanya keanggotaan di polis hutan Kulai ini sebanyak empat belas platun. Tiap-tiap satu platun ada tiga puluh orang. Jadi tiga platun di antaranya akan ditugaskan di Kota Tinggi untuk menjalankan operasi mencari ataupun mengesan gerakan komunis di kawasan Kota Tinggi.

SND: Pakcik, pada tahun berapakah komunis mula bergiat di Tanah Melayu? OMY: Mengikut sejarah yang pakcik baca, komunis mula bergiat di Tanah Melayu sejak tahun sembilan belas empat puluh enam (1946). Pada masa itu, mereka bergerak dalam kumpulan kongsi gelap tidak dianggap komunis lagi. Tetapi apabila Jepun memerintah Tanah Melayu pada tahun empat puluh satu (41 ), Jepun adalah melakukan amat zalim terhadap kaum-kaum Cina yang ada di Malaya pada masa itu. Jadi ramailah kaum-kaum Cina yang melarikan diri daripada bandar ke tepi-tepi hutan untuk mengelakkan daripada kekejaman Jepun terhadap mereka. Dan apabila mereka telah berkampung di tepitepi hutan mereka menggabungkan diri dengan Pasukan Komunis Malaya at1;upun PKM yang juga dikenali sebagai MPAJA atau Malayan People Anti Japanese Army. Daripada situlah mulanyamereka 11

IMR 603-Se)amll Lb1111

menjalankan gerakan subversive [gerakan bawah tanah] ataupun perjuangan gerila menentang kerajaan Malaya. SND: Bagaimanakah cara pengaruh komunis menyusup ke Tanah Melayu? OMY: Mengikut apa yang pak.cik baca di sejarah, mereka menyusup ke --menyusupkan ideologi komunis ke Malaysia ini melalui kongsi gelap yang pada masa dahulunya ramai pendatang-pendatang Cina yang dibawa masuk oleh saudagar-saudagar Inggeris sebagai pekerja di lombong-lombong bijih. Apabila mereka telah ramai (batuk) sebagai pekerja lombong, mereka mula menubuhkan geng-geng _ _ ataupun kongsi-kongsi gelap untuk mendesak. majikan-majikan mereka kalau hendak

mendapatkan

apa-apa

pertimbangan

daripada

majikan

merekalah. Contohnya untuk mendapatkan gaji lebih ataupun layanan yang lebih daripada majikan - mereka lalu menggunakan kongsikongsi gelap supaya menakutkan majikanlah dan mereka juga pemah melakukan

beberapa

kekacauan

seperti

mogok

umum

dan

sebagainyalah. SND: Apakah strategi-strategi yang ·digunakan oleh pihak komunis untuk mendapatkan Tanah Melayu? OMY: Selepas penjajah British kalah dalam tahun empat puluh satu (41 ), Jepun memerintah Malaya - keadaan tentera Jepun pada masa itu amat zalim terhadap komunis kerana mereka membalas dendam atas peperangan di antara Jepun dengan Komintang di negeri China. Selepas

itu,

mereka

menggunak.an

berbagai-bagai

kezaliman,

mengenakan kezaliman ke atas kaum-kaum Cina. Selain daripada itu, Jepun juga menggalakkan perkauman di antara kaum-kaum yang ada di Malaya pada masa itu. Yak.ni, Jepun berbuat baik kepada kaum Melayu dan India tetapi mereka memusuhi kaum-kaum Cina. Sebab itu, ramailah kaum-kaum Cina yang tidak puas hati dan mereka melarikan diri ke hutan tadi dan menubuhkan Parti Komunis dengan tujuan mereka akan merampas Malaya daripada Jepun dan PKM ini juga pada :Uulanya adalah dibantu oleh British dengan tujuan untuk

12

IMR 603-Se}llrah Llsan

mengalahkan Jepun. Mengikut cerita, pihak British ada membuat perjanjian dengan Parti Komunis sekiranya Jepun dapat dikalahkan, British akan menyerahkan Malaya ke tangan Parti Komunis. Tetapi apabila Jepun kalah pada tahun seribu sembilan ratus empat puluh lima (1945) dan British kembali berkuasa di Malaya, janji yang mereka buat tidak ditepati oleh British. Maka inilah menyebabkan Parti Komunis Malaya ataupun PKM menjalankan perang gerila terhadap penjajah British pada masa itu.

SND: Di manakah tempat-tempat yang biasanya menjadi tumpuan pihak komunis untuk menguasai Tanah Melayu? OMY: Biasanya mereka akan menjalankan gerakan di mana ramai kaumkaum Cina berada. Contohnya, seperti di Batu Arang di Selangor, Sungai Siput di Perak, di Raub di Pahang dan lain-lain lagilah. Di mana sahaja ramai kaum Cina dan di situ mereka akan bergerak cergas.

SND: Kenapakah tempat-tempat itu yang menjadi tumpuan? OMY: Kerana di situlah ramai kaum-kaum Cina. Jadi yang menyokong kuat rancangan komunis ini adalah kaum Cina. Kaum-kaum lain tidak begitu berminat kerana terutamanya orang Melayu yang percaya bahawa komunis ini satu pertubuhan yang tidak mempercayai ugama [agama] Islam. Sebab itu, mereka tidak mendapat sokongan daripada kaum Melayu. Jadi mereka akan menumpukan gerak kerja mereka di kawasan-kawasan di mana ramai terdiri kaum-kaum Cina.

SND: Siapakah yang mengetuai komunis pada masa itu? OMY: Mengikut cerita yang ketua mereka yang pertama ialah Chin Peng, seorang anak Pulau Pinang yang dipanggil sebagai pengerusi Parti Komunis Malaya. Kemudian yang keduanya, bagi yang Melayunya ialah Rashid Maidin. Dan sekarang ini masih pun ada di Thailand.

13

IMR 603-Sejtullh Lislul

SND: Bagaimanakah kita hendak mengenali komunis?

OMY: Pada masa darurat dahulu, komunis ini dia terbahagi kepada dua perkara --- dua bahagian. Bahagian yang di dalam menjalankan gerakan dalam hutan, mereka memakai uniform [pakaian seragam] seakan-akan sama dengan pasukan keselamatan cuma warnanya sahaja berlain dan lambang-lambangnya pun berlain. Tetapi yang bergerak di luar yang dipanggil subversive [gerakan bawah tanah] mereka adalah sebagai orang biasa sahaja dan payah untuk kita mengenali mereka. Kadang-kadang mereka lebih baik kepada ·kita dengan tujuan untuk mendapatkan berbagai-bagai rahsia daripada kitalah. Jadi kalau yang bergerak di dalam hutan memang boleh kita kenai jika memakai 1..11ifonn [pakaian seragam] yang kuning kelabu dan mempunyai lambang bintang merah di topi mereka. SND: Bagaimanakah pihak kita mengekang kemasukan komunis ke Tanab

Melayu pada masa itu?

OMY: Sebenamya, banyak cara kita untuk mengekang mereka tetapi yang sebenamya setelah darurat diisytiharkan di Tanah Melayu kemasukan komunis daripada Iuar itu sudah.tidak timbul, yang menjadi ahli-ahli komunis yang ada di dalam hutan negara ini adalah anak-anak negerinegerinya sendiri bukannya pendatang luar. Sebab itu, peperangan melawan komunis bukan atas tanggungan askar tetapi adalah tanggungan polis. Pasal dia [komunis] bukannya musuh daripada luar, dia musuh dalam negeri ini maka tanggungjawab polislah untuk mencegah ataupun menghapuskan mereka. Askar itu sebagai membantu pihak polis kerana keganasan yang dilakukan oleh komunis sudah melampaui dan kuasa yang ada pada polis pun amat terhad kecuali setelah diluluskan undang-undang darurat, barulah polis Malaya pada masa itu dianggap sebagai setengah tentera. Sebab itu, polis boleh masuk dalam hutan dengan memakai pakaian yang serupa dengan tentera. Kalau tidak kerana darurat, tugas polis semata-mata untuk mencegah jenayah dan menjaga keselamatan di bandar-bandar sahaja. Setelah darurat, maka polis terpaksa mengambil tanggungjawab

14

IMR 603-Sejarah Llsan

sebahagian daripada tugas-tugas tentera kerana musuh yang kita hadapi pada masa itu bukannya musuh daripada luar. Kalau musuh daripada luar itu adalilh tanggungan tentera dan polis yang membantu mereka, begitulah sebaliknya.

SND: Semasa kedatangan komunis, bagaimanakah kehidupan rakyat, mereka hidup senang atau susah? OMY: Pada mulanya, masa komunis ini telah berada di Tanah Melayu sejak sebelum Jepun memerintah. Mengikut sejarah yang pakcik baca kerana kedatangan mereka ini juga keadaan ekonomi penduduk Tanah Melayu mula berkembang. Kerana kedatangan kaum-kaum Cina ke Malaya pada masa itu, bukan sahaja sebagai buruh lombong tetapi merekajuga telah mula menjalankan perniagaan-perniagaan yang agak berkembang dari semasa ke semasa. Maka dengan kehadiran mereka itu, menjadikan keadaan ekonomi negara pada masa itu boleh dikatakan bertambah maju. Tetapi setelah Jepun memerintah Malaya, keadaan ekonomi berubah kerana Jepun tidak mementingkan segala kemudahan-kemudahan asas untuk membangunkan negara. Mereka semata-mata datang menjajah dan menjaga kepentingan mereka. Jadi keadaan ekonomi rakyat Malaya pada masa itu amat mendukacitakan. Makanan-makanan, bahan-bahan makanan amat berkurangan, ubatubatan habis semuanya. Ubat baru tidak sampai kerana perhubungan di antara negeri --- negara dengan negara lain tidak dapat berjalan.dengan baik. Maka boleh dikatakan keadaan rakyat pada masa itu amat sengsaralah. Pakcik sendiri berasa makan nasi dicampur ·dengan ubi kayu dan keladi ataupun pisang. Begitu juga banyak kanak-kanak yang diserang penyakit biri-biri ataupun penyakit malaria, penyakit cacing sedangkan ubatnya cuma pakai ubat-ubat kampung sahajalah. Ini menambahkan lagi bencinya rakyat Malaya terhadap Jepun dan masa itu mulalah perasaan ingin membebaskan negara ini daripada peiUajah.

15

SND: Apakah sebab komunis berbaik-baik dengan orang Melayu? OMY: Sebagaimana yang kita tabu, komunis bercadang untuk memerintah Malaya pada masa itu dan mereka juga mempunyai ahli-ahli politik yang agak bijak. Jadi mereka nampak, mereka paham [faham] Malaya ini tidak akan boleh diperintah oleh satu kaum. Melainkan hendaklah bersatu tiga-tiga kaum terbesar iaitu Melayu, Cina . dan India Maka sebab itu, mereka menubuhkan satu pasukan yang dipanggil bintang tiga Bintang tiga ini bermaksud melambangkan tiga kaum dalam Malayalah pada masa itu.

SND: Apakah langkah-langkah kerajaan bagi menggalakkan penduduk Tanah Melayu bekerjasama dengan mereka bagi menentang pihak komunis? OMY: Pada masa Jepun, penjajah Jepun memang menggalakkan kaum-kaum yang ada di Malaya ini berpecah-belah. Jepun melatih pemuda-pemuda Melayu untuk menjadi askamya dan melatih pemuda-pemuda Melayu menjadi polis Jepun. Dan itu, di antara tugas-tugas askar dan polis Jepun ini adalah untuk menangkap ataupun menghapuskan komunis. Jadi dengan cara ini, perasaan perkauman pada masa itu amat meluapluap sehingga di beberapa tempat terjadi ·pergaduhan kaum seperti di Sungai Manik di Perak, di Batu Pahat, Johor biasa terjadi pergaduhan kaum antara Cina dengan Melayu. Ini semua akibat daripada didikan salah daripada Jepunlah. Setelah Jepun kalah, rakyat Malaya terutamanya orang-orang Melayu telah mula sedar dalam soal politik dan bercita-cita untuk membebaskan Malaya daripada penjajah British. Maka, beberapa pemimpin negeri Melayu telah mengadakan Kongres Melayu di Kuala Lumpur untuk menyatupadukan bukan sahaja orang Melayu tetapi semua kaum dalam Malaysia. Maka jadilah apa yang terjadi sebagaimana hari ini.

SND: Kenapa komunis dan Jepun tidak baik di antara satu sama lain? OMY: Mengikut sejarah, sebelum Jepun menakluk Malaya mereka telah berperang di negeri China. Di antara --- masa itu, negara China diperintah ~leh Komintang. Jadi pergaduhan - peperangan di antara

16

IMR 603-&)llftlh Ustm

Jepun dengan China ini berpanjangan sehinggalah Jepun menakluki Malaya dan apabila mereka menalduki

Mala~

mereka nampak Cina

juga ada di Malaya. Sebab itu, mereka anggap Cina ini adalah berasal daripada negeri China sebab itu mereka musuh dengan Cina di Malaya.

SND: Apakah tindakan komunis bagi menghapuskan Jepun pada masa itu? OMY: Pihak komunis setelah menubuhkan MPAJA yang dilatih oleh gerilagerila British cara bagaimana mereka berjuang di .dalam hutan. British juga memberikan bantuan senjata-senjata secara sulit kepada mereka dan mengajar mereka cara-cara menggunakan senjata. Kemudian dengan senjata yang dibekalkan oleh penjajah British itu, mereka menyerang beberapa kedudukan Jepunlah. Tetr.pi oleh sebab askar Jepun lebih ramai daripada mereka, mereka jarang mendapat kemenanganlah.

SND: Kenapa ada di antara masyarakat kita yang menjalin kerjasama dengan Jepun? OMY: Sebelum Jepun datang ke Malaya, masa itu pakcik dengarlah masa budak-budak, kononnya ada cerita-cerita mengatakan apabila Jepun memerintah negara ini rakyat akan Iebih senang. Ada barang-barang lebih murah. Lagi satu, Jepun mengisytiharkan kemerdekaan kepada seluruh dunia dengan slogannya Asia untuk Asia. Jadi dengan propaganda ini orang-orang Melayu terpengaruh dan percaya kalau Jepun memerintah Malaya mungkin keadaan negaranya akan berubah. Sebab itu, mereka menyokong Jepun pada mulanya tetapi apabila Jepun tidak dapat menguasai sepenuhnya politik dunia maka kesusahan yang kami terima pada masa itulah. Sebab itu, orang _

pada ---

akhimya orang Malaya menentang Jepun balik.

SND: Kenapa pula ada di antara masyarakat kita yang menjalin kerjasama dengan komunis? OMY: Ya. Pada IDf!Sa itu, ramai orang-orang Melayu telah mula diresapi

17

IMR 603-8ejartdt Llflln

semangat nasionalis dan semangat untuk membebaskan negara ini

daripada penjajah. Di antaranya ada satu pertububan Melayu yang dinama K.MN - KMN. Mereka ini bercita-cita untuk memerdekakan negara

dengan

cara

kekerasan.

Mereka

tidak

percaya

yang

kemerdekaan ini boleh didapati dengan perundingan sebab itu mereka bergabung dengan komunis dengan harapan mereka lebih cepat dapat memerdekakan negara.

SND: Apakah kesan yang paling mendalam sekali yang pakcik tidak dapat lupakan semasa kedatangan komunis? OMY: Kesan yang tak dapat pakcik lupakan sama sekali ialah kezaliman ahliahli parti · komunis terh&Jap rakyat. Bukan sahaja kepada kerajaan, mereka banyak melakukan kezaliman pada orang-orang kampung seperti membunuh sesiapa sahaja yang mereka anggap orang yang pemah menjadi tali barut Jepun ataupun menjadi tali barut British. Mereka membunuh tanpa belas kasihan, mereka membunuh tanpa soal banyak tidak perlu disiasat lebih mendalam. Kalau sekiranya ada orang kata --- sekolah ini dulu pemah jadi spy [penyamar] Jepun, terus mereka tangkap dan bunuh secara paling menyedihkan. Sebab itu, pakcik tidak dapat melupakan betapa kejamnya komunis terhadap penduduk Tanah Melayu pada masa itu.

SND: Apakah yang dimaksudkan dengan darurat? OMY: Darurat mengikut istilahnya ialah huru-hara ataupun kekacauan.

Ini

darurat yang terkenal di Malaya pada tahun empat puluh lapan ialah huru-hara yang disebabkan oleh parti komunis melancarkan perang gerila terhadap kerajaan penjajah British pada masa itu. Itu yang dipanggilkan darurat (kedengaran bunyi ayam berkokok).

SND: Apakah punca-punca yang membawa kepada pengisytiharaan damrat? OMY: Punca-punca yang membawakan pengisytiharaan darurat ialah untuk kerajaan

~encegah

ataupun menghapuskan sama sekali keganasan

komunis di Malaya setelah mereka melakukan beberapa serangan

18

JMR 603-Seja;-ah Llslln

bUkan

sahaja

kepada

kakitangan

kerajaan

ataupun

pasukan

keselamatan. Mereka juga merosakkan kemudahan-kemudahan awam seperti wayar elektrik, wayar telepon [telefon], paip air, jambatan dan rail [landasan] keretapi mereka musnahkan. Kemudian itu merekajuga mengganggu, menjahanamkan harta-harta orang kampung yang mana tidak memberikan kerjasama kepada mereka seperti menebang pokokpokok getah orang kampung. Ini menyebabkan orang kampung---END OF TAPE 1 SIDE A: TAPE 1 SIDE B OMY: Ini menyebabkan orang kampung mengalami kesusahan dan kebetulan juga pada masa itu orang kampung baru mula terlepas daripada seksaan Jepun. Jadi dengan gangguan yang dilakukan oleh komunis terhadap

kemudahan-kemudaiw.n orang

kampung

ini,

kerajaan

terpaksalah mengisytiharkan darurat supaya mudah tindakan-tindakan diambil terhadap keganasan mereka itu.

SND: Siapakah yang mentadbir Tanab Melayu semasa darurat? OMY: ·Yang mentadbir Tanah Melayu semasa darurat ialah yang bernama Sir Henry ·Gumey iaitu Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu pada masa itu. Kemudian Sir Henry Gurney ini dibunuh oleh komunis di Fraser Hill dan digantikan oleh Jeneral Templer sehinggalah tamat darurat. Jeneral Templerlah yang mengendalikan seluruh operasi menentang komunis di Malaya.

SND: Apakah peranan ketua kampung semasa darurat? OMY: Semasa darurat keadaannya telah menyeluruh boleh dikatakan setiap pelusuk kampung terancam dengan kezaliman-kezaliman komunis. Sebab itu, kerajaan menggalakkan orang-orang kampung menyertai pasukan kawalan kampung yang mana pemuda-pemuda berumur Iapan betas tahun ke atas diwajibkan untuk menjadi pengawal kampung masa itu dipanggil 'homeguard' yang diketuai oleh ketua-ketua kampung. Jadi ketua kampung ini selain daripada menjadi ketua kepada pasukan kawalan kap1pung, (kedengaran ayam berkokok) mereka juga adalah sebagai mata dan telinga kepada pasukan keselamatan untuk 19